berita

Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Penderaan Adik Bella

July 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mangsa

Sebelum ini, kecoh di media sosial di mana seorang remaja sindrom down yang didakwa telah didera di sebuah rumah kebajikan swasta. Pendedahan mengenai penderaan remaja yang dikenali sebagai Bella secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen berasa geram dan marah dengan nasib yang menimpa mangsa.

Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan

Artikel berkaitan: Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung, Emosi Terganggu Jika Terus ‘Ditekan’

Artikel berkaitan: Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?

Susulan daripada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita sebuah rumah kebajikan iaitu Rumah Bonda yang dikaitkan dengan kes penderaan Bella pada 5 Julai yang lalu.

Telah ditahan pihak polis

Foto: Mangsa

Terbaru lapor Harian Metro, pemilik Rumah Bonda telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah. Ujar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan wanita berkenaan ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan berhubung beberapa laporan polis yang diterima.

Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Pada masa yang sama, pihak polis turut membuat permohonan reman ke atas wanita itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Masyarakat perlu memahami, kita perlu ambil kira banyak aspek perundangan ketika jalankan siasatan, termasuk hak undang-undang serta keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk situasi semasa. Sehubungan itu, kita minta masyarakat untuk terus beri keyakinan kepada pasukan penyiasat PDRM untuk melaksanakan tugas mereka.

Difahamkan, rumah kebajikan ini dipercayai beroperasi secara haram sejak 2019 dan sama sekali tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×