Penyanyi Syafeek Ikhwan mengakui dia pernah melalui fasa sukar sepanjang menceburi bidang seni.
Artikel Berkaitan: Mega! Showcase ‘An Intimate Evening With Syafeek Ikhwan’ Berjaya Pukau 300 Penonton, Peminat Mahu 2.0!
Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Kena Gangguan Seksual Dengan Kaum Sejenis, Sanggup Bayar RM10k – ‘Saya Nak Bayar Abang Boleh Tak?’
Artikel Berkaitan: Rumah Keluarga Dipecah Masuk, Syafeek Ikhwan Rugi Lebih RM10k – ‘Dia Lalu Tepi Katil Ibu Abah, Nasib Baik…’
Diserang anxiety
Menurut Syafeek dia pernah mengalami masalah anxiety sehingga terpaksa berjumpa dengan psikiatri.
Sejujurnya Syafeek pernah melalui fasa sukar tersebut beberapa tahun lalu. Kemudian baru-baru ini, Syafeek mula bertemu dengan psikiatri untuk mendapatkan bantuan. Syafeek ada isu severe anxiety, cepat risau, sampai mengganggu tidur dan aktiviti harian. Syukur Syafeek seorang yang terbuka untuk dapatkan bantuan dari pakar.
Tambah Syafeek, dia berharap masyarakat di luar sana bersifat terbuka untuk mendapatkan rawatan dan bantuan mengenai penyakit berkaitan kesihatan mental.
Syafeek juga nak orang di luar tahu yang it’s okay kalau kita perlu dapatkan rawatan. Isu ini bukan sesuatu yang perlu rasa malu atau hina. Semua orang berisiko menghadapi isu kesihatan mental. Setiap dari kita menjalani kisah hidup berbeza. We have no rights to judge others. Semua orang berhak mendapat bantuan yang sewajarnya.
Terdahulu, Syafeek memberitahu dia bekerjasama dengan Krayon iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang membantu masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan mental dan pendidikan. Ujar Syafeek, kerjasama tersebut terjalin sekitar awal tahun ini.
Mereka approach Syafeek untuk jadi duta mereka. Mungkin mereka nampak Syafeek berkemampuan dalam menyampaikan sesuatu mesej dengan cara tersendiri memandangkan Syafeek juga seorang pengacara.
Syafeek bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka memandangkan misi dan visi Krayon adalah untuk membantu pejuang-pejuang kesihatan mental di negara kita yang Syafeek rasakan mereka ini wajar dibantu, dalam kapasiti yang kita ada.