berita

‘Pernah Bawa Dia Tidur Dalam Bilik Ayah’ – Anak Syak Ibu Jalin Hubungan ‘Songsang’ Dengan Anak Angkat

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Twitter, personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dipercayai menjalin hubungan songsang dengan anak angkatnya.

Artikel berkaitan: Isteri Sanggup Jadi Suri Rumah Besarkan 4 Anak, Suami Nak Kahwin Lagi Sebab Jumpa Wanita Bekerjaya Yang ‘Lembut’

Artikel berkaitan: Hampir Ditikam Dengan Screwdriver, Wanita Nekad Minta Tolong Dengan Bekas Kekasih, Dakwa Dipukul Suami Setiap Hari

Dah lama tak bercakap dengan emak

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum Tuan Fedtri. Saya dah lama tak bercakap dengan emak saya. Mak saya pun dah tak nak tahu atau dengar pasal saya lagi dah. Punca dia panjang dan berleret. Tapi tentang hal yang sama iaitu perempuan yang dijadikan anak angkat yang baru emak saya kenal umur 24 tahun. Kami adik beradik semua lelaki, memang awal tak pelik sebab mungkin emak saya nak berkawan.

Menurut Fedtri, dia mendapat tahu mengenai kisah tersebut apabila salah seorang anak lelaki kepada wanita itu menceritakan kepadanya. Jelas lelaki berkenaan, anak angkat ibunya itu sering berkunjung ke rumah mereka sehingga satu tahap terus menetap bersama. Tambah lelaki tersebut, kehadiran perempuan itu sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka sekeluarga.

Perempuan tu selalu datang ke rumah sebab dah tiada ibu dan bapa. Ibu dan bapanya meninggal ketika dia dewasa. Emak saya cepat kesian dan perempuan tu pandai buat ayat sedih. Perempuan tu ada saja adik beradik yang besar. Memang tak bertudung bila dalam rumah dan dia buat rumah kami tu macam rumah dia.

Sejenis yang mengada

Sekadar gambar hiasan

Kadang emak saya teman dia tidur tinggalkan abah saya dalam bilik seorang. Kalau tak tidur rumah tu, setiap hari akan on call. Saya pernah nampak perempuan tu kuis makanan emak saya tapi tak makan pun. Mak saya sebelah dia waktu tu. Pernah juga saya dengar saudara saya nampak perempuan tu tunjal kepala emak saya bergurau. Bila saya tanya, emak saya kata tak sengaja. Ada saja alasan yang emak beri supaya perempuan tu nampak baik.

Ujar lelaki itu lagi, ibunya sering memuat naik status di Whatsapp mengenai barang yang diberi oleh perempuan tersebut. Lebih geram, bilik tidurnya turut dijadikan sebagai bilik tidur perempuan tersebut. Pernah suatu masa, perempuan tersebut mendesak ibunya supaya membeli rumah yang lebih besar. Ini kerana, perempuan tersebut mahu bilik sendiri.

Disebabkan saya ada dekat rumah balik daripada belajar, kadang dia terpaksa tidur luar. Pernah emak saya bawa perempuan tu tidur sekali dalam bilik tidur emak ayah saya. Emak saya sanggup buat apa sahaja demi dia. Hubungan mereka pelik sebab macam pasangan bercinta. Merajuk sampai tahap itu. Cuma, ada satu mesej pelik yang perempuan tu merajuk sebab cakapa emak saya tak sayang dia. Emak saya akan cakap ambil pisau dan bunuhlah dia. Lebih kurang macam tu.

Makin teruk, ibunya sanggup bergaduh dengan nenek dan adik beradik yang lain disebabkan perempuan itu. Sebagai anak, lelaki ini hanya mampu berdoa dan terpaksa menjauhkan diri buat sementara waktu untuk tempoh bertenang.

Sumber: Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×