berita

Pernah Bergelar Pengarah Termuda Istana Budaya, Zizi Zulkifli Buktikan Cabaran Bukan Penghalang

February 7th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Masih belum terlambat jika admin ingin mengucapkan tahniah buat Dr. Norzizi kerana tamat pengajiannya di peringkat PhD. Nama Zizi Zulkifli dahulunya pernah mewarnai drama kaca TV kita tapi semenjak beliau fokus dalam bidang pengajian, namanya mulai semakin ‘hilang’. Baru-baru ini nama Zizi Zulkifli mula memberi sinar kembali dalam seni teater.

Dr. Zizi selalu berkongsi kisah inspirasi hidupnya di laman Instagram peribadi tentang perjalanan beliau ‘terjebak’ dengan dunia teater dan pengorbanan sebagai seorang anak dalam mempeolehi gelaran ‘Dr.’ Kisah beliau ini akan membuatkan korang ‘touch’ dan bangga dengan perjalanan seorang anak seni ini.

Dato Rahim Razali Idola Zizi

Beliau mengagumi Dato Rahim Razali semenjak kecil lagi apabila melihat Dato Rahim mengarahkan pementasan teater di studio ketika itu. Anak kepada Dato Zulkifli Zain dan aktres Datin Normala Omar ini juga pernah ‘menguasai’ Istana Budaya pada tahun 2003 dengan Mak Yong Raja Tangkai Hati dan nama Zizi Zulkifli mulai ‘suram’ setelah berkahwin dan mula mengikuti pengajian Master di London.

“Thanks Bayu” Siapa Bayu di hati Zizi?

Ini lah suami Dr. Zizi, Bayu Utomo Radjikin yang banyak memberi kata suntikan sehingga wanita ini terus bangkit dan kembali aktif dalam dunia seni. Suaminya ini sentiasa berbisik di telinga “mana work?” dan kata itu lah yang membuatkan beliau menghasilkan karya-karya supaya kekal digelar title ‘Pengarah’. Tambahan, beliau juga ‘terbakar’ dengan kata-kata dari mulut suaminya dan berusaha melakukan sesuatu kerja seni untuk terus dikenali sebagai anak seni.

Bayu juga telah memudahkan segala urusan harian Dr. Zizi sepanjang di Australia dalam tempoh menamatkan pengajian PhD. Lelaki ini juga berkuasa menjentik hati Zizi untuk terus berkarya dalam dunia seni.

Cahaya Mata Zizi dan Bayu

Tahniah pasangan Dr. Zizi dan Bayu atas bakal kelahiran cahaya mata keempat pada bulan depan. Khabarnya kandungan sudah mencecah 8 bulan. Tidak lama lagi tu. Apa pun kami dari team Oh Bulan! mengucapkan selamat segala urusannya nanti ye.

Credit: Instagram Norzizizulkifli

SKIP THIS AD ×