berita

Pernah Berniaga ‘Rambo’, PU Rahmat Tak Setuju Operasi MBSA Dikatakan ‘Balas Dendam’

August 13th, 2020 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam viral apabila pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan operasi besar-besaran ‘membersihkan’ perniagaan yang melanggar undang-undang, menerusi operasi bersepadu sekitar Bandar Baru Sungai Buloh. Hal ini dianggap umpama ‘balas dendam’ selepas pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid mendakwa pihak berkuasa pilih kasih.

Artikel Berkaitan : ‘Sebab Dia Habis Yang Lain Semua’ – Operasi MBSA Umpama ‘Balas Dendam’, Ini Reaksi Netizen

Terbaru, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan turut memberi respon mengenai isu ini. Menurutnya dia tidak bersetuju jika operasi dijalankan ini hanya sekadar untuk ‘balas dendam’.

Respon PU Rahmat

Balas dendam? Tak setuju? Saya pernah berniaga kecil-kecilan tanpa lesen dan permit sebelum menjadi PU. Masa tu umur saya 19 tahun, saya tolak air di stadium bola sepak dan jual makanan tepi jalan di chow kit. Sebenarnya saya berniaga ni sebab ayah dan mama ajar kami kalau nak dapatkan sesuatu cari duit sendiri. Disebabkan saya tak serius berniaga means berniaga hanya sebab nak dapatkan duit tambahan jadi saya berniaga Rambo. Tak da lesen dan tak bayar sewa tapak. Jadi apa ceritanya?

Perniaga macam kami ni memang takut sungguh jumpa majlis perbandaran atau DBKL. Lari lintang pukang weyh. Haha. Suatu hari, saya nak lari tapi barang dagangan banyak jadi slow laaa. Saya ingat lagi pegawai DBKL tu bermisai dan dia jerit. Dah jangan lari! Kami ronda jaa. Dia tegur saya tanya umur berapa dan mana dapat modal. Lepas saya cerita, pak cik tu siap puji usaha saya dan minta saya pasang cita-cita jadi Peniaga Kaya dan ikut peraturan. Saya lupa sungguh nama dia, yelah dah 9 tahun lepas.

Anggap jela saman sewa kita

Kalau DBKL atau MBSA nak main kasar, mereka lama dah boleh buat dengan hentak kita tanpa toleransi dan tiada budi bicara. Macam mereka buat sekarang ni. Kalau mereka detailedkan semua benda. Sakit kita sebab banyak sangat kesalahan kita.
Memang salah kita sebab tiada lesen, halang lalu lintas dan tidak bayar tapak. Belum kira renovasi tak da permohonan dengan awning, tangga dan tiles mozek sampai makan rizab jalan. Tapi mereka pejam sebelah mata, cuma yelahh kena setahun sekali dua kenakan kompaun dan angkut barang.

Saya ingat lagi peniaga kacang rebus sebelah port saya berniaga kata sambil gelak. Anggap jela saman ni adalah sewa kita. Sekali lagi saya tak nafikan berkaitan pegawai yang korupsi dan tidak amanah. Tapi bila kita serang institusi mereka dengan prejudis. Saya hanya kasihan pada orang yang baik seperti pak cik Misai. Teman, bila kita marah jangan melampau jika kita menegur jangan sampai mengherdik. Dan jika kita melakukan sesuatu jangan sampai terbabas. Para peniaga di Sungai Buloh yang terjejas kerana kes ini. Saya cadangkan 3 hal.

Cadangkan 3 hal

1) Buat Persatuan Peniaga Kecil-kecilan . Saya rasa lebih 10 buah kedai disana. Bersatu lebih kuat . Bila kita ada Persatuan . boleh mohon macam-macam.
2) Boleh jumpa YB Sungai Buloh dan usahakan sesuatu.
3) Buat sidang media khas. Kalau abang kakak peniaga nak bantuan saya bab pengurusan. Saya boleh bantu sikit-sikit sebab saya ada 4 syarikat enterprise dan 1 syarikat sendirian berhad. Of course la bukan berniaga ceramah. Hahaha.

Hal Persatuan tu saya boleh tolong ajar daftarkan. Syaratnya memang salah seorang peniaga sungai buloh yang terjejas. Saya ada dua Persatuan yang salah satunya saya Timbalan pengerusi. Boleh pm page saya Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan atau pm Fb personal saya ini. Tak da bayaran, cuma doakan saya terus jadi orang baik sampai liang lahad. Amin. Semoga Malaysia terus maju !

Sumber : Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×