berita

Pernah ‘Buang’ Anak, Bila Anak Meninggal Si Ibu Desak Mahukan Sijil Kelahiran Sebab…

June 30th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Rumah Bonda merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai kisah dan masalah dalam kalangan anak muda tersimpan disini terutamanya kes melibatkan anak di luar nikah.

Menerusi Facebook Syed Azmi merupakan salah seorang penasihat di rumah kebajikan tersebut berkongsi kisah melibatkan seorang ibu mahu dapatkan sijil kelahiran anak yang telah meninggal dunia. Bayi tersebut telah ditinggalkan di hospital sebaik saja dilahirkan dan ibu tersebut ‘lari’ bersama kekasih.

JKM dapat jejak ibu kandung

Dulu lama dah ni, ada satu kes bayi ditinggalkan di hospital sebab ada banyak penyakit kritikal dan tiada harapan untuk bayi itu hidup lama. Pihak hospital hubungi Rumah Bonda kalau kami boleh tolong jagakan dan cuma bawa ke hospital untuk check up dan sementara JKM cari ibu kandung dia yang lari sebab rekod kat hospital ada. Kami pun okay dan ada Foster Parents yang sanggup (Anak Jagaan Sementara).

Pihak JKM dapat jejak ibu kandung dan semuanya okay, dia tak mampu dan tak dapat nak jaga. Kita bagi dia datang melawat, tapi tak ada pun melawat. Tak apalah. Tak harapkan apa-apa pun. Semua urusan dengan hospital okay tapi seperti yang disangka, umur tak panjang dan dia pun meninggal. Kita pun tanam dan selesaikan apa yang boleh.

Saya ingat kes pun dah tutup. Tapi tiba-tiba, ibu kandung minta sijil kematian anak itu. Tanyalah untuk apa puan? “Nak guna sebab nak dapatkan derma ikhlas dan bantuan sebab kesianlah baru kehilangan anak dan satu lagi orang cakap dapat khairat kematian sebab baby lagi dah meninggal. Ke pihak Tuan tuntut khairat tu? Kalau ye saya nak mintak bahagian saya boleh?”

Saya senyum. Tak adalah rasa nak marah ke apa waktu tu sebab ibu kehilangan anak kot. “Mula mula saya nak beritahu, saya bersyukur atas beberapa perkara. Nasib baik makcik lari dari hospital kerajaan jadi adalah rekod dan bolehlah dia orang jejak makcik”.

Tak sesuai niat puan nak buat macam tu

Dia “makcik? Saya belum kahwin pastu baru 20+” Saya tak endahkan.

Saya: “Saya pun berasa bersyukur sebab makcik lari seorang dengan pakwe mana dan tinggalkan saja dia di tempat selamat di hospital. Dan bila JKM boleh cari makcik, sekurang-kurangnya senanglah kita nak tahu asal usul dia. Nak baca talkin hari itu pun waktu meninggal kita boleh baca nama penuh dia dengan nama makcik sekalikan”

Saya: “Saya faham makcik tak mampu dan mungkin murung dengan keadaan makcik ni jadi saya tak salahkan makcik langsung. Malah kita jemput lagi datang sebab kita pun faham”. Tapi “Makcik… saya nak tahu satu perkara, apa masalah makcik sebenarnya? Cuba cerita kat Mi baik-baik”

Dia “Bukan ada masalah apa lagi, baby pun dah meninggal. Tapi manalah tahu ada ruang nak dapat duit ehsan mana-mana”.

Saya “Okay. Dan akhir sekali saya nak terangkan bahawa saya rasa tak sesuai niat puan nak buat macam tu. Buat masa sekarang saya serahkan pada JKM dan makcik berurusan dengan JKM ye. Satu lagi kenapa saya panggil awak makcik sebab saya bila cakap dengan orang yang saya gelar makcik, saya kena fikir adab dan hormat sebab makcik seorang yang tua. Kalau saya panggil awak adik atau Cik, saya takut saya tak dapat kawal sabar saya dan mungkin cakap atau keluarkan kata kata yang terguris hati. Saya ada kekurangan sedikit bila kita ni jaga hak anak-anak”

Itulah salah satu kesudahan kes di Rumah Bonda baru-baru ni. Taklah lama saya rasa hot sebab lepas tu dengar kes lain. Tapi saya lega tak marah. Itu amalan syaithan. Buat apa nak waste energy. Ni budak-budak tanya kalau boleh beli oven besar. Dia orang dah Google cari yang murah dan lelong. Sesiapa yang nak bantu cip in bantu beli please tolong.

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×