Kumpulan nasyid Raihan sangat terkenal suatu ketika dahulu. Malah, banyak lagu nasyid nyanyian Raihan masih meniti di bibir peminat termasuklah lagu Puji-Pujian, Syukur dan Utusan Terakhir. Tapi tahukah anda, kumpulan Raihan ini pernah diberi penghargaan terbesar dalam sepanjang pembabitan mereka dalam industri apabila pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan?
Kami kongsikan serba sedikit trivia pembabitan Raihan dalam industri seni suara nasyid hingga pernah mengharumkan nama Malaysia ke luar negara. Memang powerlah!
Terima kunjungan Ratu Elizabeth II
Ramai orang kata, artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya. Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa. Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.
Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh. Gambar di atas adalah sewaktu Raihan menerima kunjungan Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya.
Raihan turut diundang mengadakan persembahan sempena penutup Sukan Komanwel di Bukit Jalil pada 1998. Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.
Artis ketiga nyanyi di Royal Albert Hall
Paling menarik apabila pada 1997, Raihan menjayakan persembahan jelajah seluruh Malaysia. Raihan juga mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membuka hati Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membenarkan hiburan berkonsep Islam.
Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza. Raihan juga berduet dengan Yusuf Islam menerusi lagu God Is The Light dan Rakan Selawat dalam versi Inggeris.
Ramai peminat kipas-susah-mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.
Album Puji-Pujian terjual lebih 1.5 juta unit
Tony Fernandes, menyokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia. Tony knows big business opportunity in Raihan, earlier than others.
Album Puji-Pujian pula terjual lebih 1.5 juta unit manakala jumlah keseluruhan album mereka 18 album termasuk kompilasi terjual 3.5 juta unit termasuk jualan antarabangsa.
Mereka mencipta sejarah apabila menerima 17 trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Tak mainlah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian jadi all time Malaysia’s best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.
Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World. We have many talents, but we don’t appreciate real talents. Nak export Malaysian music? Raihan dah tunjuk contoh sejak 20 tahun dulu.
Sumber: Ahmad Ashraf, Metro