berita

Pernah Dituduh Mandul, Izara Aishah Kongsi Berita Hamil 6 Bulan

January 1st, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon cantik manis Izara Aishah telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri kepada Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada November 2017. Kira-kira dua tahun usia perkahwinan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga ada segelintir pihak membuat tuduhan pelakon Sejoli itu mandul.

Izara Aishah bagaimanapun memberi respon terhadap tuduhan itu dan berkongsi berita gembira buat keluarga dan peminatnya.

Mereka menuduh saya mandul

Menerusi laporan Berita Harian, Izara Aishah telah berkongsi berita gembira yang dia dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Pelakon ini baru sahaja hamil enam bulan dan bersyukur kepada Ilahi kerana impian untuk mendapat zuriat dimakbulkan.

Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

Sebelum ini, Izara Aishah juga pernah terima pelbagai tuduhan dan andaian yang tidak masuk akal. Malah, ada segelintir pihak pernah menuduh dirinya mandul kerana belum ‘berisi’.

Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

Bayi dalam kandungan sihat

Dia turut berkongsi pengalaman di peringkat awal hamil. Tambahnya, berita gembira tentang kehamilan itu juga disimpan dan tidak mahu dikongsi sebelum dirinya bersedia.

Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.

Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini. Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan.

Sumber: Media Hiburan, Berita Harian

SKIP THIS AD ×