berita

Pernah Diugut Sebar Video Seks Oleh Kekasih Punca Goo Hara Bertindak Bunuh Diri?

November 25th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kecoh di media sosial mengenai berita kematian salah seorang bekas ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara yang disahkan meninggal dunia di rumahnya di Cheongdam, Gangnam. Menerusi laporan Mirror, penyanyi berusia 28 tahun itu didakwa telah didera fizikal dan mental dari teman lelakinya iaitu seorang pendandan rambut, Choi Jongbum.

Serang ketika tidur

Lelaki berkenaan dikatakan telah menyerang Goo Hara ketika dia sedang tidur di kediaman rumahnya. Bagaimanapun, mangsa tidak hanya mendiamkan diri dan bertindak balas menyerang asakan demi mempertahankan dirinya dari serangan Choi Jongbum.

Kesan cakaran Goo Hara

Susulan dari insiden itu, wajah Choi Jongbum turut menerima kecederaan dari cakaran Goo Hara sehingga meninggalkan parut. Akibat dari tindakan itu, Choi Jongbum bertindak mengugut untuk menyebarkan video seks mereka di media sosial dan mengatakan rakaman itu bakal memusnahkan karier Goo Hara sebagai penghibur. Goo Hara turut merayu kepada Choi Jongbum supaya tidak menyebarkan video seks berkenaan kepada umum.

Bukan kali pertama cubaan bunuh diri

Ekoran dari itu, Goo Hara telah membuat laporan pihak polis dan pihak mahkamah telah memutuskan Choi Jongbum hanya dijatuhkan hukuman 1 tahun 6 bulan sahaja dengan tempoh percubaan selama 3 tahun. Hakim menyifatkan suspek tiada niat untuk menyakiti Goo Hara. Malah, video seks yang tersebar itu bukan dirakam secara paksa.

Sebelum ini, mangsa juga pernah mencuba untuk membunuh diri namun, berjaya diselamatkan pengurusnya pada bulan Mei lalu. Namun, selepas insiden hitam itu, Goo Hara menunjukkan perubahan positif terhadap dirinya. Akan tetapi ramai juga terkejut menerima berita kematian Goo Hara, tempoh hari.

#punishchoijongbum trending di Twitter

Seorang wartawan di Korea iaitu Jihye Lee telah memuatnaik status di laman Twitter menulis mengenai kes gangguan dan ugutan teman lelaki Goo Hara. Malah, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang senang membebaskan Choi Jongbum setelah dia didakwa menyerang dan mengugut mangsa.

Tambahnya lagi, selebriti wanita di Korea menghadapi kesukaran untuk melaporkan sebarang jenayah seksual kerana tiada seorang pun akan berpihak kepada mereka termasuklah sistem perundangan, pihak polis dan orang awam.

Tuntut keadilan buat Goo Hara

Netizen turut menyifatkan Choi Jongbum menjadi salah satu punca kepada kematian Goo Hara dan mereka mahukan hukuman setimpal dikenakan keatas suspek.

Sumber: Mirror, allkpop, Jihye Lee

SKIP THIS AD ×