Bekas Miss Universe Malaysia yang juga pelakon baharu Serene Claire pernah menjadi mangsa gangguan seksual sekitar bulan September tahun lalu. Meskipun sudah setahun kejadian itu menimpa dirinya, Serene berkata dia masih teringat momen berkenaan.
Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Kena Gangguan Seksual Dengan Kaum Sejenis, Sanggup Bayar RM10k – ‘Saya Nak Bayar Abang Boleh Tak?’
Artikel Berkaitan: Dada Diraba Peminat & Dirogol Pencuri, DJ Soda Kata Jangan Salahkan Penampilan Seksi
Dia pegang bahagian dada
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Serene berkongsi kisah bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Semua berlaku sekitar bulan September tahun lalu. Saya pergi ke sebuah pusat hiburan dan terjumpa dengan seorang Youtuber berbangsa Cina. Dia berada dalam keadaan mabuk pada waktu itu. Saya cuba untuk membantu dia. Dia pun cakap dengan cara yang baik.
Semasa berbual, Serene berkata Youtuber itu memberitahu dia mempunyai rumah di Genting Highland. Youtuber berkenaan turut mengajaknya datang ke rumah. Sebagai seorang yang waras, Serene berkata dia menolak pelawaan tersebut secara baik.
Dia ajak saya pergi ke rumah dia. Saya cakap tak nak. Dia minta nak ambil gambar selfie bersama. Dia nak ambil gambar sebab kalau ambil nombor telefon dia takut dia lupa itu saya. Sebab situ ramai orang. Jadi kami ambil gambar bersama. Saya tak ingat siapa yang pegang telefon. Tiba-tiba dia pegang saya. Dia pegang bahagian dada saya. Saya tanya apa yang dia cuba buat. Dia kata ‘it’s okay’ cuma dua saat sahaja tiada siapa pun yang tahu.
Bercerita lebih lanjut, Serene mengakui bahawa Youtuber berkenaan memegang bahagian payudaranya. Lebih teruk, lelaki itu berkata dia hanya memegang selama dua saat sahaja.
Saya terkejut ketika itu. Saya terus duduk dan menangis. Kawan-kawan saya semua tanya apa yang terjadi. Saya cerita kepada mereka dan saya dapat tahu ini bukan pertama kali lelaki itu buat macam ini. Mereka minta saya lari dan sembunyikan diri sekiranya nampak dia. Saya jadi marah sebab ini badan saya. Dia yang sentuh saya. Kenapa saya kena lari dan sembunyi jika jumpa dia.
Selepas kejadian berkenaan, pelakon drama ‘Gadis Muzikal’ ini telah memuat naik sebuah posting di media sosial. Menerusi posting yang dimuat naik, ramai pempengaruh berkongsi kisah mereka yang turut menjadi mangsa gangguan seksual.
Pertama kali saya kongsi dengan semua orang supaya mereka tahu apa yang individu tersebut buat dekat saya. Saya tak bagitahu nama Youtuber itu. Tiba-tiba ramai pempengaruh dm saya kata mereka tahu siapa orang itu. Bila saya kongsi perkara ini, saya nampak ada dua pihak. Satu sokong saya dan mereka bagi kata semangat. Manakala, satu lagi kecam. Mereka dakwa saya nak cari populariti dan tanya kenapa tak buat laporan polis.
Saya buat laporan polis selepas beberapa hari. Cuma saya tak bagi apa-apa kenyataan dekat media dan tidak mahu isu ini diperbesarkan dan berlanjutan.
Sebagai ratu cantik, Serene yang ditemui ketika sidang media ‘Gadis Muzikal’ pada Jumaat lalu, menafikan dakwaan yang dia mahu mengejar populariti. Tambah Serene, dia kehilangan satu job berikutan kontroversi ini.
Saya kehilangan job. Ada satu jenama ini tak mahu saya. Mereka batal sebab reputasi saya tercemar. Mungkin mereka tak faham apa yang saya lalui. Tapi tak apa, selepas itu saya dapat tawaran cakap pasal hak wanita.
Akhir sekali, Serene berkata seandainya dia terserempak dengan Youtuber tersebut di mana-mana majlis, dia akan berkelakuan seperti biasa dan tidak akan melayan lelaki berkenaan.