berita

Pernah Makan Telur Goreng Sebiji Bahagi Dua, Fizo Omar ‘Throwback’ Zaman Susah Bersama Kamal Adli

June 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Pelakon dan pengacara popular Fizo Omar dan Kamal Adli menjadi idaman gadis-gadis di luar sana sebelum kemunculan artis-artis baru. Semua sedia maklum bahawa kedua mereka merupakan peserta Hero Remaja 2007/2008 yang mengangkat Kamal Adli sebagai juara dan Fizo Omar di tempat kedua.

Hubungan akrab mereka berdua telah terjalin sejak sekian lama. Menerusi Instagram Fizo Omar meluahkan kisah perjalanan hidup mereka sebelum bergelar artis. Kisah mereka mendapat perhatian rakan artis yang lain seperti Norman Hakim dan Linda Onn.

Makan telur goreng sebiji bahagi dua

Kenal mamat ni masa 2007 dekat stage hero remaja 2007/2008. Masa tu aku stuck main bola dan team aku bubar sebab ada masalah financial. So tak tau nak buat apa nak survive kat KL tu, sekali member hantar gambar suruh try masuk contest hero remaja. Masa tu aku memang kampung la. Cakap KL pun bersepah bau budu. Duit pulak cukup-cukup makan je. Lari bajet sikit confirm ikat perut.

Aku dengan kamal ni banyak cerita sebenarnya. Ye la zaman tak ada duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama-sama boleh merasa. Ingat lagi masa tengah pergi casting cari job. Ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta perodua kancil aku yang pernah jadi kebanggaan aku tu.

Baju seluar tak payah cakap la memang share je, melainkan boxer la. Apa yang boleh share jimat duit on jer.

Mencangkung dalam tandas potong rambut dia

Benda yang paling aku ingat. Malam sebelum final, mencangkung dalam tandas aku potong rambut dia, ntah apa fashion pun aku tak tau bedal je jnji pendek. Boleh tahan hensem la sbb dia menang no 1 dan aku no 2.

Budak Kelantan dan budak Pahang baru masuk industri. Alhamdulillah job sana sini berlakon model emcee semua sebat janji halal.

Lately ni aku slow skit bidang glamour ni sebab focus bisnes dan aku sambung belajar insyallah target aku smpai ke PHD. Teringin jugak tengok kawan baik aku ni jadi hero pujaan ramai. Tapi rezeki Allah tu dia bagi apa yang sesuai dengan kita sebenarnya. Aku bangga dengan kau bro very komited sehingga kau berjaya sekarang bantu family smua.

Rindu pulak zaman berlakon cerita bionik ngn mamat ni Kamal Adli. Siapa ingat cerita bionik dulu?

Beza 1 mata memisahkan juara dengan naib juara

Sumber: Fizo Omar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×