Pelakon, Adam Lee memberitahu dia dan isteri, Sweet Qismina akan menjaga batas dan menetapkan limitasi terhadap lakonan selepas sah bergelar suami isteri, semalam.
Artikel berkaitan: Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee
Artikel berkaitan: ‘Hari Ini Saya Mengambil Tanggungjawab Sebagai Suami’ – Adam Lee Pilih Tarikh Lahir Sweet Qismina Jadi Saksi Cinta
Tolak tawaran adegan intim
Ujar Adam, mereka berdua sudah mula menjaga batas ketika bertunang. Tambah Adam lagi, dia pernah menolak babak bersentuhan dan intim demi menjaga hati Sweet.
Sebelum ini, kami sudah mula menjaga batas dan sering ingat mengingati. Malah, saya pernah tolak tawaran berlakon melibatkan adegan intim dan bersentuhan. Saya tarik diri kerana naskhah itu melibatkan adegan romantik suami isteri yang intim. Berlakon itu satu kerjaya, macam mana sekalipun pasti tak boleh nak elak hubungan lelaki dan perempuan dalam satu drama. Apa yang penting, masing-masing tahu jaga batas apa patut dan tak patut.
Menurut Sweet pula, sepanjang empat tahun bercinta dia dan Adam menerapkan nilai kejujuran dalam perhubungan.
Sesebuah hubungan kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya menipu mungkin kami belum sampai tahap ni.