berita

Pernah Viral Konon Terkandas PKP, Netizen Dedah Pelancong Rusia Ini Rupanya ‘Scammer’?

May 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini pernah viral di media sosial berkenaan dengan seorang pelancong Rusia yang didakwa terkandas di Temerloh, Pahang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelancong tersebut kemudiannya diberi bantuan oleh pihak polis dan telah diserahkan kepada kedutaan Rusia di Malaysia.

Terbaru, menerusi Facebook Fadhil Waynie mengatakan bahawa pelancong Rusia tersebut adalah seorang scammer. Menurutnya, pelancong tersebut didakwa menggunakan modus operandi yang sama dengan alasan terkandas di Malaysia akibat PKP.

Mengemis di Nilai pula

Sebelum ini, terdapat satu perkongsian menerusi Facebook Nor Sknhkyna yang menyatakan bahawa terdapat dua orang pelancong yang terkandas tiada wang dan tempat tinggal duduk di kaki lima sebuah pasaraya di Nilai, Negeri Sembilan. Berdasarkan gambar yang dimuat naik, wajah pelancong tersebut mirip dengan pelancong yang terkandas di Temerloh sebelum ini.

Wanita Rusia bongkar rahsia

For your information, kisah mat salleh Rusia yang dipost oleh geng kita tadi adalah backpacker scammers dari Rusia. Dia menggunakan modus operandi seolah-olah menjadi mangsa Covid-19 tersadai kat negara kita.

After kisah pertama dia tersadai kat McD Temerloh viral, ramai rakyat kita yang memberi sumbangan. Even, PDRM siap hantar dia pergi Rusian Embassy kat Kuala Lumpur.

Sampai KL, dia menginap kat guest house diusahakan oleh seorang wanita Rusia dan wanita Rusia ni yang reveal tentang kegiatan dan niat sebenar pelancong Rusia ni. Wanita Rusia tu siap cakap yang dia berasa malu bila ada orang Rusia mengambil kesempatan atas kebaikan orang Malaysia untuk membolehkan dia travel secara murah kat Malaysia.

Menurut Fadhil, setelah lelaki warganegara Rusia itu dibawa ke kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, dia dikatakan telah bermalam di sebuah rumah tumpangan milik seorang wanita warga Rusia. Dia mendakwa bahawa wanita Rusia itu telah membongkar kegiatan kotor lelaki berkenaan yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang Malaysia.

Nak bercuti di Port Dickson pula

Wanita Rusia tu cakap yang mamat ni bertemu dengan 2 orang lagi geng dia untuk sambung travelling pergi Port Dickson.

Sekarang, mamat ni menggunakan modus operandi yang sama pulak kat Nilai. Nama mat salleh ni Maxim La. Please jangan support backpacker mat salleh yang mengemis ni. Tak dok bezanya depa dengan PATI kat Malaysia ni. Menyemak.

Tambahnya lagi, lelaki berkenaan dikatakan telah berjumpa dengan dua orang rakannya untuk meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Sekali lagi, lelaki berkenaan menggunakan modus operandi yang sama untuk mengemis dari rakyat Malaysia yang banyak menolongnya.

Sumber: Fadhil Waynie

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×