Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil membuka mulut mengenai dakwaan pernikahan suaminya dengan Fatin Umaidah adalah content (kandungan) semata-mata untuk meraih simpati dan publisiti.
Artikel Berkaitan: Aliff Teega Teman Aisyah Hijanah Di Hospital, Sambut Sendiri Kelahiran Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega Dipuji Contoh Suami Baik, Layankan Aisyah Hijanah Mengidam Makan Piza Sebelum Bersalin
Pernikahan itu benar
Menurut Aisyah, pernikahan kedua suaminya itu benar berlaku bahkan, dia mempunyai bukti sijil nikah Aliff dengan wanita tersebut.
Pernikahan kedua yang telah pun viral tersebut bukanlah content. Mungkin orang melihat saya tenang-tenang saja dan tidak percaya bahawa apa yang berlaku adalah benar.
Pernikahan itu adalah benar. Saya dan peguam saya telah pun mendapatkan perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100 peratus pada bulan dua yang lepas. Harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab poligami, cerai dan meninggal.
Sijil nikah suami bersama wanita berkenaan juga ada pada saya sebagai bahan bukti yang boleh dibicarakan di mahkamah atas harta sepencarian.
Tambah Aisyah, suaminya tidak mahu mendedahkan identiti isteri kedua di media sosial kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat khususnya dirinya sendiri.
Saya juga tidak menggunakan isu poligami tersebut untuk meraih simpati. Tiada langsung video saya menangis, perli atau berkelakuan menyedihkan sebagaimana yang didakwa oleh page berkenaan.
Foto
Terdahulu, viral di Facebook mengenai tiga dakwaan di mana Aisyah menggunakan isu perkahwinan suami sebagai content, bekas pekerjanya dibuang serta merta sekiranya mempersoalkan audit syarikat dan kutipan derma yang dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi.
Berikutan dakwaan tersebut, Aisyah telah tampil membuka mulut dan memberi penjelasan daripada pihaknya.
Sumber: Aisyah Hijanah