berita

[VIDEO] Alif Teega Dipuji Contoh Suami Baik, Layankan Aisyah Hijanah Mengidam Makan Piza Sebelum Bersalin

March 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Alif Teega

Sepotong video memperlihatkan pempengaruh islamik, Alif Teega yang melayani permintaan isterinya iaitu Aisyah Hijanah mengidam untuk makan piza telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega Jaga Hati Aisyah Hijanah, Enggan Kongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – ‘Mudaratnya Lebih Besar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Bersuap-Suapan & Luang Masa Di Taman, Ramai Doakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kekal Bahagia

Ngidam piza

Alif Teega
Menerusi hantaran di TikTok, Alif berkongsi momen dia membelikan piza untuk isterinya beserta kapsyen “mengidam piza sebelum bersalin”.

Dalam video berkenaan, Aisyah kelihatan gembira menikmati makanan tersebut bersama Alif di sebuah kedai.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Alif yang sentiasa mengutamakan isterinya dalam apa jua keadaan.

Dalam masa sama, wargamaya turut menitipkan doa kepada Aisyah agar urusannya untuk bersalin dipermudahkan.

Difahamkan, Aisyah sedang menunggu hari untuk menyambut cahaya mata ketiga.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Alif kemudian membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin pada November tahun lalu.

Video

@alifteega Semoga dimudahkan buat isteri @aisyahhijanah ? Jiwa Yang Bersedih – DENII


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×