Penampilan sulung penyanyi Aina Abdul dalam Anugerah Juara Lagu (AJL34) mendapat perhatian ramai bukan sahaja dari segi vokal malah gimik persembahan. Aina yang mengenakan gaun putih bermain dengan emosi dimana darah keluar membuak-buak bermula dari leher membasahi gaun yang dipakai.
Simbolik kepada hancurnya hati
View this post on Instagram
HATI YANG BERDARAH! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas #ajl34 yang selama ini aina idamkan. Aina sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini. Jika semua perasan, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH.
Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan. Doakan aina yaa.
Di Instagram, penyanyi ini menjelaskan darah tersebut adalah simbolik kepada kekecewaan yang ditanggung wanita akibat melukai hati insan tersayang. Muncul kali pertama di Anugerah Juara Lagu, Aina bersyukur diberi peluang berada di pentas tersebut.
Hati berdarah
Aina mempertaruhkan lagu ‘Sumpah’ ciptaannya sepenuhnya dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton di Stadium Bukit Jalil. Di media sosial, pelbagai respon yang diterima daripada netizen.
Sesetengah daripada mereka memuji idea kreatif dimana gaun putih dibasahi darah merah menunjukkan kekecewaan yang dirasai Aina. Tak kurang juga yang terhibur dan menyamakan konsep tersebut dengan pontianak!
Sumber : Aina Abdul , Twitter