berita

Persembahan Psy Tiada Kaitan Dengan Politik

February 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Psy

Pada 11 Februari ini bakal berlangsungnya ‘Hari Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang’ dan majlis tersebut bakal menampilkan penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu Psy sebagai tetamu undangan.

Namun begitu, persembahan Psy dikatakan langsung tiada kaitan dengan hubungan parti politik dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, iaitu Teng Chang Yeow turut menolak dakwaan bahawa kerajaan bakal membiayai persembahan penyanyi Korea Selatan tersebut.

Persembahan Psy difahamkan bakal dibiayai oleh sebuah syarikat koprat dan segala kos persembahan masih belum dapat dipastikan lagi.

Untuk makluman, sebelum ini Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Wong Mun Hoe pernah mengeluarkan kenyataan bahawa persembahan Psy merupakan satu ‘hadiah’ daripada Barisan Nasional untuk penduduk Pulau Pinang, dan kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi negatif serta positif peminat hiburan tempatan.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×