berita

‘Persiapan Kami Sudah 30%’ – Ayie Floor 88 Teruja Bakal Kongsi Pentas Bersama Wali Band

April 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Vokalis Floor 88, Ayie berkongsi keterujaan dan persiapan kumpulannya yang bakal mengadakan konsert bersama kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band.

Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Artikel Berkaitan: ‘Hutang’ Lagu Pertama Masuk Final AJL, Floor 88 Dah Rancang Buat ‘Surprise’ Paling Gempak

Satu penghormatan

Pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah ini berkata kesemua ahli kumpulannya terus bersetuju ketika ditawarkan untuk mengadakan konsert bersama kumpulan dari seberang itu.

Awalnya apabila pengurus kami hantar maklumat tentang perkara tu dekat Whatsapp, dia kata ada satu konsert akan kolaborasi dengan Wali Band, kami semua kata ‘lock’ walaupun kami belum tengok jadual masing-masing lagi.

Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Sabah ini juga menyifatkan tawaran tersebut sebagai satu penghormatan besar buat mereka dan satu peluang yang tidak akan dilepaskan.

Sebab ini adalah satu penghormatan besar buat kami bila kami digandingkan dengan band daripada Indonesia. Terutama Wali Band yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu.

Wali Band dengan Floor 88 ni genre lagunya lebih kurang sama dari segi muzik, dari segi lagu dan penceritaan lagu, yang berbeza cuma satu dari Indonesia satu dari Malaysia.

Ini adalah satu peluang yang kami tak akan lepaskan. Bila dapat peluang kolaborasi dengan artis luar daripada Malaysia ia satu penghormatan besar buat kami.

Ayie berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Rusa Music dan MVM Production pada Khamis.

Persiapan konsert

Dalam pada itu, pelantun lagu Chikadun ini turut berkongsi tentang persiapan mereka untuk konsert tersebut.

Sebelum ini kami dah buat sidang media bersama Wali Band. Kedua-dua kumpulan sekarang ini memang tengah sibuk dan untuk perbincangan seterusnya belum ada lagi.

Cuma kami telah berbincang dengan pihak pengurusan tentang lagu yang bakal dibawa, konsep pakaian dan sebagainya. Namun perbincangan secara terperinci masih belum dilakukan. Boleh saya katakan persiapan kami baru sahaja 30 peratus.

Sementara itu, Ayie juga mendedahkan bahawa Floor 88 pernah mendapat peluang untuk mengadakan persembahan di Indonesia namun terpaksa menolak kerana terikat dengan jadual yang padat.

Sebelum mendapat jemputan untuk kolaborasi bersama Wali Band, Floor 88 sendiri dah ada perancangan untuk datang ke Indonesia sebab lagu Hutang ketika itu tengah tular disana tapi malangnya jadual kami sangat padat. Jadi kami tangguh dahulu walaupun ada yang sudi menjemput kami.

Ketika diajukan soalan tentang penganjuran konsert mereka sendiri, Ayie berkata mereka belum mempunyai sebarang perancangan tetapi tidak menolak jika diberikan peluang.

Untuk Floor88 adakan satu konsert sendiri kami belum ada perancangan lagi kerana sibuk dengan komitmen lain tapi kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengadakan satu konsert buat kami, kami tidak menolak.

Sekadar info, Floor 88 bakal berkongsi pentas bersama Wali Band menerusi konsert Dream Festival Collaboration Vol 2 pada 2 Mei 2023.

SKIP THIS AD ×