Bakal mendendangkan lagu Hutang di Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 14 Mac nanti, Floor 88 nampaknya dah tak sabar mahu menggegarkan pentas final yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Artikel Berkaitan: ‘Sedapnya Pengantin Baru Nyanyi!’ – Suara Merdu Hannah Delisha Cover Lagu AJL35 Dipuji
Artikel Berkaitan: Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini Tanpa Penonton
Artikel Berkaitan: ‘Macam Pergi Perang Sorang Diri’ – Amir Masdi Janggal AJL35 Tanpa Penonton
80 peratus persiapan
Vokalis Floor 88, Ayie ketika dihubungi Ohbulan memberitahu mereka telah membuat persiapan rapi menjelang final AJL35 tak lama lagi. Katanya persiapan dari segi vokal sudah 80 peratus namun perlu banyak rehatkan diri dan menjaga suara dengan mengambil air suam dalam kuantiti yang banyak.
Bertanyakan mengenai kelainan persembahan yang akan ditampilkan, kumpulan ini mengambil keputusan untuk merahsiakannya kerana ingin memberi kejutan kepada penonton nanti.
Siapa yang tak teruja masuk AJL. Sebab ini impian kami. Sudah empat lagu kami sebelum ini masuk semi final AJL dan lagu Hutang ini yang masuk final. Memang kami teruja.
Kelainan dari persembahan Floor 88 kita tak boleh nak beritahu sebab nanti tak surprise pula. Kami akan buat yang terbaik dan harap semua akan terhibur.
Tidak dinafikan, dalam norma baharu ini pelbagai cabaran yang ditempuhi semua pihak termasuk para finalis AJL35. Band yang mempunyai pengikutnya tersendiri ini turut menjanjikan persembahan yang terbaik meskipun dalam keadaan pandemik dan SOP perlu dipraktiskan.
Kita tak nafikan, tanpa kehadiran penonton itu agak sedikit bukan. Sebagai artis, bila nak perform kita nak vibe audiences. Kami kali pertama ke pentas AJL dan kami pun nak rasa vibe itu. Tiba-tiba AJL dijalankan dalam norma baharu. Tapi sebagai penggiat seni kita tak boleh tewas dengan cabaran dan halangan. Jadi, kita kena lakukan sesuatu yang baru tidak pernah orang terfikir.