berita

Personaliti Media Sosial Ditahan Akibat #Kekechallange

July 24th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tarian #Kekechallenge sudah menjadi ikutan hampir seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai artis kita juga tidak melepaskan peluang untuk merakam aksi tarian tersebut dan dikongsi di media sosial. Tarian ini memerlukan mereka keluar menari di sebelah kereta semasa kenderaan tersebut bergerak.

Tapi tahukah anda, tarian ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan meragut nyawa. Tiga personaliti media sosial di Abu Dhabi telah ditahan atas dakwaan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Melanggar undang-undang negara

Menurut Astro Awani, kerajaan Abu Dhabi telah mengarahkan penangkapan dan menahan tiga personaliti media sosial atas dakwaan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain akibat melakukan #Kekechallenge ini. Jabatan Kehakiman Abu Dhabi menyifatkan tindakan itu telah melanggar undang-undang serta menggunakan platform media sosial bagi mempopularkan budaya itu.

Tambahan pula, undang-undang di Abu Dhabi menetapkan bahawa tarian ‘Keke Challenge’ ini merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman. Mana-mana individu terlibat boleh dipenjara atau didenda di bawah undang-undang trafik persekutuan negara itu.

Malah, jabatan itu memberi amaran terhadap penyebaran fenomena negatif itu dan menegaskan bahawa golongan muda harus melibatkan diri dalam kegiatan yang bersesuaian dengan nilai masyarakat sekali gus dapat menyumbang kepada perkembangan sosial yang positif.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×