berita

Pertahankan Malaysia, Lelaki Dedah 15 Kesalahan Utama Dokumentari Al Jazeera

July 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang pakar pergigian warganegara Amerika Syarikat, Dustin Pfundheller telah memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19 menerusi sebuah video yang bertajuk Other Side of the Truth. Namun video tersebut disekat oleh Facebook meskipun, tontonan sudah mencecah 3.2 juta.

Artikel berkaitan: Al Jazeera Nafi Dakwaan Dokumentari ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’ Tidak Tepat

Terbaru, Dustin sekali lagi tampil dan memuat naik satu video yang menggariskan 15 perkara yang menurutnya salah mengenai dokumentari bertajuk ‘The East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ oleh Al Jazeera.

Top 15 mistakes

Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera. Al Jazeera did a very biased and one-sided report against Malaysia. It was disappointing to see so many mistakes in the video done by a large news company. Many of the things that resulted in Malaysia being so successful at overcoming Covid-19 – Al Jazzera said was wrong to do.

Also, let me know what points I missed. Do you disagree with anything of my 15? One good thing about the Al Jazeera video – it encourages us to have good discussions (except they block the comments).

Menerusi video kedua Dustin, dia menjelaskan lebih lanjut mengenai ulasannya berhubung video yang diterbitkan Al Jazeera. Menurutnya, dokumentari yang dihasilkan oleh syarikat besar itu sangat mengecewakan dan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan. Antara perkara yang menjadi tumpuan Dustin dalam ulasannya kali ini adalah bagaimana Al Jazeera memilih jalan cerita yang mereka mahu sampaikan dan menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk.

Tutup ruangan komen

Laporan tersebut menurut Dustin juga beberapa kali seperti keliru dengan terma pendatang asing secara haram dan juga yang memasuki negara ini dengan sah selain tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan dalam memerangi COVID-19 ketika ini.

Pada masa yang sama, Dustin turut mengkritik tindakan Al Jazeera kerana menutup ruangan komen mereka untuk laporan tersebut dan sekaligus tidak memberikan peluang kepada rakyat Malaysia dan netizen untuk memaklumkan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan mereka.

Terdahulu, rangkaian media Al Jazeera menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai dokumentari bertajuk ‘The East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ sebagai tidak tepat, mengelirukan serta tidak adil. Enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam telah hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan.

Sumber: Other Side of the Truth

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×