
Perubahan sikap dan personaliti pencipta kandungan, Kaki Review raih pujian apabila individu itu kini dilihat semakin matang selain sering membantu peniaga mempromosi perniagaan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] CEO Kaki Review Akhirnya Mohon Maaf Kepada Jason – ‘Saya Janji Perkara Ini Takkan Berulang Lagi’
Artikel Berkaitan: Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’
View on Threads
Menurut seorang individu di Threads, Kaki Review kini semakin disenangi ramai kerana dilihat rajin menghasilkan kandungan yang membantu mempromosikan perniagaan tempatan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Mengimbau kembali pada tahun lalu, Kaki Review sering menerima kecaman selepas didakwa tidak memberikan ulasan makanan secara ikhlas malah adabnya turut sering dibandingkan dengan pencipta kandungan lain.
Kaki review ini sebelum ini dibenci kerana content makanan dia dan ketika itu saya masih ingat ramai yang bandingkan dia dengan Jason, terutama dari segi adab.
Tapi kini dia disayangi ramai kerana ubah personaliti diri dan content review makanan dengan membantu ramai perniaga restoran dan kedai makan.
Paling best dia keluarkan hanger atau paip getah sekiranya perniaga tidak mahu terima bayaran apa yang dia makan.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji adab Kaki Review selain berkongsi pengalaman yang seronok apabila bekerjasama dengannya.
Komen netizen


Sumber: Threads








