Sebelum ini, selebriti media sosial Indonesia iaitu Lucinta Luna memberi gambaran bahawa dirinya sedang ‘hamil’. Perkongsian tersebut membuatkan rakyat Indonesia ‘pening’ setelah mereka menonton video yang dimuat naik oleh Lucinta di Instagram.
Artikel berkaitan: Lucinta Luna Tunjuk ‘Pregnancy Test’ Dakwa Sedang Hamil, Rakyat Indonesia ‘Pening’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Pregnancy Test’ Positif, Doktor Dedah Lucinta Maya Hidap Kanser Testis
Terbaru, netizen bingung melihat keadaan perut Lucinta yang kelihatan agak kecil daripada sebelumnya. Rata-rata netizen mendakwa Lucinta sudah keguguran.
Dah gugur ke?
Lucinta dan teman lelakinya sebelum ini pernah memuat naik foto ‘pre pregnancy’ di media sosial. Foto tersebut jelas menunjukkan sosok tubuh Lucinta yang seakan sudah mahu bersalin meskipun kandungannya itu baru mencecah sebulan.
Dah lahir ke belum ni? Kempis je perutnya. Esok tiba-tiba bagitahu mengandung lagi.
Keguguran ya mama your son?
Hamil ikut mood ni, sekejap kandungan ada dan sekejap tiada.
Janin mama sudah pergi kerja ya?
Susulan daripada itu, rata-rata netizen terkejut dan bertanya adakah Lucinta mengalami keguguran memandangkan perutnya kelihatan normal seperti biasa. Malah, Lucinta juga turut kelihatan ‘lincah’ menari bersama teman lelakinya.
Muntah-muntah
Terdahulu, viral video yang menyaksikan Lucinta Luna kelihatan mual dan berlari ke tandas untuk muntah di sinki. Malah, rata-rata netizen geli hati menonton aksi Lucinta Luna yang mendakwa konon dirinya hamil apabila menunjukkan dua garis pada pregnancy test.
Apa yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen pada ketika itu adalah status Lucinta Luna yang dipercayai seorang transgender. Tidak kurang ada yang menganggap video tersebut sebagai drama yang dibuat-buat oleh Lucinta sendiri.
Sumber: Lucinta Luna