berita

Muat Naik Momen ‘Sweet’ Bersama Isteri, Da’i Syed Sekali Lagi Ditegur Netizen – ‘Nanti Jangan Buat Kapsyen Terpaling Tersakiti’

December 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

DaiSyedDitegurNetizen

Baru-baru ini, pendakwah selebriti Da’i Syed terbang ke Kaherah, Mesir bagi menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta, Hana Ismail.

Artikel Berkaitan: Suka Muat Naik Video Menari Bersama Isteri, PU Syed Tegur Dai Syed – ‘Jagalah Status Sebagai Agamawan’

Menari bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Menerusi Instagram (IG), Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilihat memuat naik beberapa gambar dan video memaparkan momen terindah bersama Hana sepanjang berada di sana.

Apa yang mencuri perhatian ialah, terdapat satu hantaran yang menunjukkan Syed sedang menari kegembiraan bersama Hana dengan berlatarbelakangkan lagu cinta berbahasa Arab.

Senang nya dalam hati kalau… (Tolong sambung jap)

Happy anniversary.

Namun begitu, hantaran tersebut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan adegan mesra pasangan merpati dua sejoli itu.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menegur tindakan Syed yang terlalu menunjukkan kebahagiannya secara terbuka di khalayak ramai.

Menurut mereka, Syed dan Hana perlulah mengambil iktibar untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah yang boleh meruntuhkan rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar perkahwinan mereka ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga mereka di Kuala Lumpur pada 3 Disember tahun lalu.

Komen netizen

Dai Syed Ditegur Netizen

Dai Syed Ditegur Netizen

Dai Syed Ditegur Netizen

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×