berita

Emma Maembong Kena Kecam Sebab Sakan Bergelek Pakai Hoodie Corak Bendera Pales***

November 23rd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon jelita, Emma Maembong, menjadi sasaran kritikan netizen setelah merakam video menari sambil memakai jaket sejuk (hoodie) yang memaparkan corak bendera Palestin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Rindu Emma Maembong Bertudung – ‘MasyaAllah Cantik Sangat! Semoga Terbuka Hati Untuk Pakai Semula’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Tak Pernah Baca Skrip

Pengikut kurang senang

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dilihat sedang menari dan bergelek bersama adik- beradiknya yang lain.

Yang menarik perhatian adalah pelakon berusia 31 tahun itu memakai ‘hoodie’ bercorakkan bendera Palestin sehingga menyebabkan pengikutnya kurang senang dengan tindakannya itu.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelakon drama ‘Kerana Dia Manusia Biasa’ itu sambil menyifatkan Emma tidak sensitif terhadap konflik yang sedang berlaku di negara Palestin.

Mereka juga berpendapat bahawa bendera Palestin bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan sebagai gurauan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×