berita

Pesakit Covid-19 Di Sabah Meninggal Dunia Terjun Bangunan Hospital

October 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kejadian berlaku di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu apabila seorang pesakit positif Covid-19 maut dipercayai bertindak terjun bangunan hospital berkenaan. Menerusi laporan Astro Awani, pesakit wanita yang berusia 63 tahun itu terjun dari tingkat lapan sebelum disedari staf hospital bertugas.

Terjun dari tingkat lapan

Kredit foto: Google

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu iaitu ACP Habibi Majinji menerima laporan tersebut sekitar 9.30 malam. Difahamkan mangsa telah dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober dulu.

Wanita tempatan berusia 63 tahun itu terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital. Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19.

Kematian mengejut

Menurut maklumat tambahan, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk keluar hospital pada hari Khamis ini.

Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×