Setelah bertarung nyawa melawan penyakit kanser tulang sejak Januari tahun lalu, adik Mohd Shafuan Norazhar telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.45 malam tadi. Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham meninggal dunia di sisi ayah, ibu, ahli keluarga dan juga rakannya.
‘Saya sedih tapi redha..’
Menurut ayahnya, Norazhar Hussin, dia redha dengan pemergian anak kesayangannya itu dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak berhenti mendoakan selain memberi sokongan moral serta menghulurkan bantuan wang ringgit.
Keadaannya agak kritikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi malam tadi dan semakin membimbangkan apabila berlaku pendarahan di bahagian ketumbuhan.
Doktor sudah melakukan yang terbaik, namun Allah S.W.T lebih menyayanginya. Sebagai bapa, saya sedih tetapi reda dengan pemergiannya.
Jenazah akan dikebumikan di kampung
Tambahnya lagi, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.
Selepas semuanya selesai, jenazah anak saya akan dibawa ke kampung halaman kami di Jelebu, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Mohd Shafuan disahkan menghidap kanser tulang sejak Januari tahun lalu dan telah menjalani rawatan kemoterapi. Rawatan tersebut telah berhasil apabila saiz ketumbuhan yang ada semakin mengecil.
Namun, ketumbuhan tersebut kembali membesar pada Januari tahun ini menyebabkan Allahyarham dimasukkan semula ke HKL untuk menjalani rawatan sesi kemoterapi pusingan kedua.
‘Adik Shafuan, selamat tinggal..’
https://www.instagram.com/p/Bwj98K2h_jh/
Menerusi Instagram penyanyi popular Awi Rafael, dia yang pernah melawat Allahyarham di hospital telah mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan rohnya dilindugi Allah. Dia juga memberitahu kepada sesiapa yang ingin menderma kepada ahli keluarga Allahyarham, boleh menghubunginya. Al-Fatihah..
Sumber: Harian Metro & Awi Rafael