berita

Pesakit Selfie Dengan Suplemen ‘Punca’ Kembali Sihat, Doktor Luah Rasa Kecewa

November 21st, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Gambar hiasan

Pepatah Melayu ada menyebut, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Betapa nenek moyang kita dulu-dulu pun sudah mementingkan kita membalas budi yang diberi orang dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Namun, lain pula ceritanya dengan apa yang terjadi kepada seorang doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah. Setelah bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit kronik berkali-kali, cara pesakit berkenaan berterima kasih seperti susu dibalas tuba.

Berkali kali masuk hospital, hampir-hampir diragut nyawa

Gambar hiasan

Kekecewaan seorang Pakar Buah Pinggang

Selepas Subuh pagi tadi, saya menghirup kopi sambil melihat matahari menerbitkan diri dari verandah bilik di Gambang Resort.

Sebenarnya pilu hati ini sejak semalam. Saya mengenali pesakit ini sudah hampir setahun. Penyakit kronik buah pinggang, memerlukan rawatan Dialisis sejak beberapa bulan yang lalu.

Banyak kali masuk Hospital, sesak nafas. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tak pernah ikut nasihat penjagaan kawalan jumlah had air sehari. Malah hampir meragut nyawa beliau beberapa kali kerana terlampau banjir paru-paru. Bekerja keras lah para Doktor pasukan saya memberi rawatan secara terperinci untuk beliau pulih dan dapat keluar Hospital. Datang dengan panggilan ambulans kecemasan dan dapat pulang ke rumah berjalan kaki.

Selfie depan lobi dengan suplemen dakwa punca kembali sihat

Gambar hiasan

Kami tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tak ucapkan terima kasih, tak mengapa. Ya, memang tugas kami. Tak apalah kami lakukan sebaik mungkin.

Tapi kalau bergambar selfie depan lobi Hospital semasa discaj dan membuat kenyataan yang suplemen XXX buat beliau sihat, macamana? Apa agaknya perasaan anda kalau anda lah salah seorang yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa beliau semasa tenat?

Rasa terjerut hati saya bak diperah-perah.

Bagaimana, oh bagaimana saya nak merawat beliau bila kembali ke Hospital ? Beliau akan kembali, itu sudah pasti. Saya rasa beliau bakal yang akan sampai sekali lagi ke Zon Merah, di bawah seliaan Dr SazOne Sham, Ketua Jabatannya.

Kalau nampak pesakit selfie dan buat kenyataan mengarut, jangan percaya

Saya manusia biasa.

Ya Allah, kuat kan hati saya. Beri lah kekuatan untuk menghadapi dilemma seperti ini!

Maaf, saya tidak boleh dedahkan apa itu XXX kerana mungkin ada yang dapat tahu siapa pesakit ini. Kami perlu menjaga professionalisma profesyen kami.

Cukup saya nyatakan, kalau anda nampak pesakit selfie dan buat kenyataan mengarut macam ini. JANGAN PERCAYA.

Saya berjanji pada diri saya, saya akan pelihara keselamatan dan kesejahteraan pesakit-pesakit yang lain di bawah jagaan saya. Kalau ada yang cuba jual apa-apa, ambil nama, IC, nama produk dan beri kepada kami (pasukan Doktor atau nurse yang merawat). Jika pesakit di bawah jagaan saya terkena, saya akan buat urusan dengan pihak berkuasa. InsyaAllah.

Ini lah sejenis penghinaan sebenarnya, kepada kami. Semoga tidak ada pesakit orang lain yang buat sebegini.

Pedih, pilu hati ini.

Sumber: Rafidah Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×