berita

Pesakit Tabligh Senyap-Senyap Selit Surat Buat Frontliners, Bila Baca Isinya…

March 26th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sejak wabak Covid-19 kian meruncing, jemaah tabligh dikaitkan sebagai punca penularan virus ini sehingga membuatkan ramai mula memandang serong terhadap mereka. Dalam pada itu, seorang staf nurse, Zulaikha Zaki berkongsi surat yang ditulis sendiri salah seorang tabligh yang dirawat di tempat di bekerja yang pasti membuatkan ramai terharu.

Selit surah celah kertas di kaunter

Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan takda bagitahu sape-sape pun. Maybe dia tahu dia tak boleh sentuh or bagi kami apa-apa barang even kertas.

Terharu… Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang semua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.

Berterima kasih kepada pejuang, kongsi bacaan ikhtiar penyembuh

Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.

Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.

(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.

Amalan yang ulama share kat kita

Baca surah taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.

Mula – Selawat (3 kali), Al-Fatihah (3 kali), Al-Ikhlas (3 kali), Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)

Tutup dengan selawat (3 kali)

Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.

Sumber: Zulaikha Zaki

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.