Rata-rata pengguna tegar Twitter pastinya tahu bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakadanya sering dilihat aktif di laman media sosial itu. Sikap ramah dan mesra yang ditonjolkan kerabat Diraja Pahang ini sememangnya sangat disenangi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Baru-baru ini, laman Twitter kecoh apabila anak bongsu Tunku Azizah, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah memuat naik sekeping gambar makanan dari sebuah makanan segera sehingga mendapat perhatian netizen kerana insiden yang tidak dijangka-jangka.
Dapat cheese dan roti je
Bila order cheeseburger pastu betul betul dapat cheese and roti je pic.twitter.com/ujJfJgnQSj
— T P J (@jihanabdullah27) October 22, 2019
Menerusi posting tersebut, Tengku Jihan memuat naik gambar sebiji burger yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera.
Namun apa yang melucukan, burger tersebut nampaknya kekurangan sesuatu daripada kebiasaannya apabila hanya mengandungi roti dan cheese sahaja tanpa sekeping daging.
Perkongsian Tengku Jihan itu ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya lucu dengan perkara tersebut sehingga ia memperoleh lebih 7k rt dan hampir 16k tanda suka.
Mungkin gabra
Rata-rata netizen sempat ‘mengusik’ restoran makanan segera terbabit atas insiden yang berlaku. Malah sebilangan netizen juga berpandangan staff yang pada ketika itu bertanggungjawab membuat burger Tengku Jihan berkemungkinan sedang nervous dengan kehadiran puteri tersebut.
Hanya kesilapan
Posting tersebut telah mendapat perhatian pihak restoran berkenaan dan mereka turut meminta maaf atas perkara yang berlaku.
Bagaimanapun menerusi satu Tweet balasnya, Tengku Jihan berkata ia hanyalah jenaka semata-mata dan tetap menyukai makanan di restoran tersebut.
McJihan
tolong jangan lah marah sangat kat McD …. bukan salah mereka…. dlm banyak2 tu adalah yg terkurang …. Jihan memang suka sangat makan McD …. setiap hari beli McD …. nama dia pun sy sudah tukar …. McJihan !
— ???? ????? ????? ?????? (@cheminahsayang) October 24, 2019
Sementara itu, Raja Permaisuri Agung menerusi satu posting di laman Twitternya meminta netizen untuk berhenti mengecam kesilapan yang dilakukan restoran makanan segera itu. Katanya, ia bukanlah kesilapan yang disengajakan oleh staff terbabit.
Tambah Tunku Azizah, Tengku Jihan sememangnya sangat meminati makanan di restoran itu malah baginda juga sempat bergurau dengan mengatakan bahawa nama anakandanya itu juga sudah ditukar kepada McJihan.