berita

Pesawat Terhempas: Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Beberapi Kali Ingatkan Tentang Kematian Di FB

November 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: BERNAMA

Semalam, media melaporkan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara Butterworth. Mangsa yang dikenali sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia manakala, seorang lagi Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: Pesawat Pejuang TUDM Terhempas Di Pulau Pinang – ‘Seorang Anggota Maut, Seorang Lagi Cedera’

Status Facebook Allahyarham

Foto: Facebook

Insiden yang berlaku ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata wargamaya mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Menerusi semakan wargamaya di Facebook, Kapten Mohamad Affendi Bustamy sebelum ini pernah beberapa kali memuat naik status yang berkisarkan tentang kematian seolah-olah memberikan ‘gambaran’ yang beliau akan pergi buat selama-lamanya. Bukan itu sahaja, status tersebut juga turut mengingatkan orang ramai tentang kematian yang semakin menghampiri.

Umur yang tersisa di saat ini sunguh tidak ternilai harganya. Sebab hari esok belum tentu jadi bahagian kita.

Jangan terpedaya dengan badan yang sihat kerana syarat untuk mati tidaklah harus sakit.

Jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua.

Difahamkan status tersebut telah dimuat naik pada tahun lepas pada bulan Ogos.

Momen sebak

@manisleeting Balas kepada @itsdaus_shah ? bunyi asal – MANIS LETTING

Menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok, memaparkan momen sebak di mana kunjungan pegawai TUDM yang berjumpa dengan keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat video tersebut dan menitipkan doa buat Allahyarham. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook  & Manis Leeting

SKIP THIS AD ×