berita

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan, Raih lebih 150k Tandatangan

January 26th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini, empat orang sudah disahkan dijangkiti wabak itu. Ia secara tidak langsung menimbulkan kegusaran rakyat terhadap kedatangan pelancong dari negara China yang merupakan pembawa asal kepada wabak tersebut. Bagaimanapun semalam, Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataannya berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan pengecualian visa selama 15 hari yang diperuntukkan kepada pelancong China.

Susulan itu, satu petisyen telah dibuat di laman web change.org semalam bagi menuntut agar kerajaan tetap menyekat kedatangan pelancong China ke dalam Malaysia bagi mengelak dari terus merebaknya wabak itu dengan lebih teruk.

Dituju kepada 4 pihak

Menerusi laman web tersebut, petisyen itu dipercayai dibuat oleh seorang invidivu bernama Zaim Yusran kepada beberapa pihak iaitu Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Imigresen Malaysia.

Petisyen itu baru sahaja dibuat semalam, dan ia hanya mahu menunut supaya kerajaan Malaysia tidak lagi membawa masuk pelancong dari China ke dalam Malaysia untuk tempoh yang menggetirkan ini.

Fikirkan kesihatan rakyat Malaysia

Menurut individu itu, wabak koronavirus yang kini sudah merebak ke seluruh dunia berlaku disebabkan oleh kehidupan tidak sihat yang diamalkan penduduk dari China.

Katanya, kerajaan sepatutnya lebih mementingkan kesihatan penduduk rakyat negara ini dan tidak hanya mengambil tindakan apabila terdapat kes kematian membabitkan virus tersebut.

Dapat sambutan

Petisyen ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat Malaysia apabila ia telah meraih lebih daripada 150k tandatangan.

Rata-rata mereka yang menandatangani petisyen tersebut bersetuju dengan perkara itu bagi menjaga keselamatan nyawa mereka dan keluarga.

Sumber: change.org

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×