Masalah siku yang hitam atau gelap sering dialami oleh kebanyakkan orang, tidak kira lelaki mahupun wanita.

Artikel Berkaitan: Tips Mudah Kurangkan Eyebag & Bengkak Bawah Mata

Artikel Berkaitan: Nutrisi Keju Untuk Kesihatan & Kecantikan

Penjagaan yang betul & konsisten

Tidak dinafikan, perkara ini boleh menjejaskan keyakinan diri terutama apabila mengenakan pakaian berlengan pendek.

Kalau nak tahu, keadaan ini biasanya berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati, geseran berulang pada permukaan keras serta kurang penjagaan kulit di bahagian tersebut.

Selain faktor luaran, perubahan hormon dan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari juga boleh menyumbang kepada warna kulit siku yang tidak sekata.

Meskipun isu itu tidak serius, ia boleh membuatkan mereka yang mengalaminya berasa hilang keyakinan. Namun, usah risau kerana siku gelap ini dapat diatasi melalui penjagaan yang betul dan konsisten.

5 bahan semula jadi

Masalah siku hitam ini boleh dirawat menggunakan bahan semula jadi yang mudah diperoleh di rumah seperti aloe vera, kunyit dan lain-lain.

Aloe vera atau lidah buaya terkenal sebagai bahan semula jadi yang berkesan dalam mengekalkan kelembapan sekali gus membantu memulihkan kulit siku agar lebih lembut dan sihat.

Bagi mendapatkan kesan optimum, campurkan gel aloe vera dengan sedikit susu dan disapu pada siku.

Biarkan selama kira-kira 20 minit supaya ia meresap dengan baik kemudian bilas sehingga bersih.

Selain itu, kunyit turut dikaitkan dengan peningkatan penampilan kulit kerana kandungan aktifnya yang bersifat antioksidan dan anti-radang.

Beberapa kajian menunjukkan penggunaannya berpotensi membantu dalam mengurangkan masalah seperti bintik gelap dan tanda penuaan.

Untuk mengamalkannya, campurkan sedikit serbuk kunyit bersama satu sudu susu sehingga sebati dan sapukannya pada kawasan siku. Biarkan ia kering sebelum dibilas menggunakan air suam.

Seterusnya, orang ramai juga boleh menggunakan buah lemon yang kaya dengan vitamin C.

Caranya adalah bahagikan lemon kepada dua bahagian dan perahkan jusnya, kemudian urut perlahan-lahan pada siku yang gelap.

Satu lagi cara mudah untuk mencerahkan siku gelap ialah dengan menggunakan gabungan minyak zaitun dan gula.

Langkah praktikalnya adalah dengan mencampurkan satu sudu teh minyak kelapa bersama setengah sudu jus lemon, sapukan pada siku yang gelap dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas.

Amalan ini dilakukan secara konsisten boleh membantu kulit siku menjadi lebih cerah dan sihat. Selamat mencuba!

Sumber: Glam