Tular sejak semalam, satu hantaran di Facebook (FB), seorang wanita mendakwa pihak hospital telah mendesaknya untuk membawa pulang suaminya walaupun masih belum stabil.
Artikel Berkaitan: Tergamak Dua Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama, Si Ibu Menghilangkan Diri
Artikel Berkaitan: Dua Hari Bertarung Nyawa, Wanita Maut Dipercayai Dipukul Abang Kandung
Tubuh jawatankuasa
Menerusi kenyataan media oleh Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Pengarahnya Dato’ Dr Zaleha Md Noor berkata pihaknya akan berjumpa dengan pengadu bagi memperoleh maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.
Pihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini.
Dalam pada itu, beliau juga berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan oleh pihak hospital bagi menyiasat isu tersebut dengan lebih teliti.
Satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.
Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan.
Terdahulu, wanita tersebut mendakwa pihak hospital memberi alasan suaminya tidak lagi memerlukan rawatan pakar serta hospital memerlukan katil untuk pesakit lain yang menyebabkan suaminya dibenarkan untuk discaj awal.
Lebih parah lagi, ketika dalam perjalanan pulang suaminya diserang sawan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.
Sumber: Facebook HTJS, Facebook Afifa Ramli