Meskipun umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, akan tetapi masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemari bulan mulia ini dengan menjalankan aktiviti penipuan sehingga melibatkan penjualan CD artis tempatan.
Terbaru, menerusi akaun Facebook Hafiz Hamidun, penyanyi ini telah memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penipuan yang melibatkan penjualan CD dan menasihati agar para peminat merujuk dahulu perkara tersebut dengan pihak pengurusannya sebelum melakukan sebarang aktiviti pembelian.
Nampaknya sudah mula ada yang mula menipu dengan memperkenalkan diri sebagai ‘penjual’ CD2 saya, kemudian minta orang lain bank in kan duit kedalam akaun mereka.
Pihak saya tidak akan bertanggung jawab sekiranya anda ditipu oleh orang2 sebegini. Rujuk dahulu sebelum anda bank in duit kepada orang lain.
Hafiz Hamidun sewaktu pelancaran Album Zikir Terapi Diri 2
Dalam pada itu, Hafiz Hamidun turut melahirkan rasa kesal dengan isu penipuan ini dan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
Yang menipu pun, anda tak boleh lari ke mana. Maklumat bank semua dah dapat. Tunggu masa untuk ambil tindakan lanjut sahaja.
Bulan-bulan puasa pun ada yang nak buat kerja mudah mcm ni.
Artikel Berkaitan :
Untuk makluman, Hafiz Hamidun baru sahaja melancarkan album Zikir Terapi Diri 2. Secara umumnya, album tersebut merupakan terbitan Arteffectes Sdn. Bhd dengan kerjasama Neo Record dan Warner Music Malaysia.