Penyanyi dan pelakon popular iaitu Ayda Jebat telah melangkah ke fasa baru sebagai suami isteri bersama pasangannya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang tadi.
Dengan sekali lafaz
Majlis sederhana itu telah berlangsung di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Pasangan ini memilih tarikh 1 Januari 2021 untuk ikatan sah dan bersejarah buat mereka berdua.
Rombongan pihak pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Namun bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga mereka.
Sama cantik, sama padan
Sumber: Ayda Jebat