berita

Pinangan Ditolak Sebelum Ini, Lelaki Tergamak Rogol & Bunuh Adik Ipar Sendiri Di Rumah – ‘Saya Terluka…’

May 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara cinta ditolak, seorang lelaki di Demak, Jawa Tengah, Indonesia didakwa merogol adik iparnya sendiri sebelum membunuh mangsa lalu dibuang di kebun rumahnya.

Artikel Berkaitan: Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat

Artikel Berkaitan: Suami ‘Durjana’ Bagi Ubat Tidur Semata-Mata Nak ‘Bersama’ Dengan Isteri Sedang Berpantang

Artikel Berkaitan: Tak Nak Bayar Nafkah Anak, Suami Sanggup Tuduh Isteri Zina, Siap Minta Buat Ujian DNA

Cinta ditolak sebelum ini

Foto: Tribun News

Menerusi laporan Tribun News, suspek, SH, 21, didakwa sempat melakukan hubungan seks bersama mangsa, FN, 18, sebelum kembali ke bilik isterinya. Bagaimanapun pada tengah malam, dia kembali ke bilik mangsa dan meminta untuk ‘bersama’ buat kali kedua. Namun, mangsa ketika itu menolak pelawaan tersebut sehingga menyebabkan suspek marah.

Susulan daripada itu, suspek bertindak membenam kepala mangsa sebelum menolak kepalanya ke dinding sehingga menyebabkan gadis muda itu pengsan. Bagi menghilangkan bukti, mangsa akhirnya dibunuh dan motif kejadian itu adalah angkara rasa cemburu.

Bercerita lebih lanjut, suspek dikatakan suka kepada mangsa sebelum berkahwin dengan isterinya dan sempat melamar gadis berkenaan namun lamaran tersebut telah ditolak. Akhirnya dia berkahwin dengan kakak kepada mangsa dan tinggal sebumbung bersama gadis yang dicintainya itu.

Gara-gara cemburu

Foto: Tribun News

Difahamkan, mayat mangsa telah dijumpai oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di dalam semak kebun rumahnya dan terdapat beberapa kesan luka pada muka dan dada ketika gadis ini ditemui.

Selepas menerima laporan, pihak polis berjaya menangkap suspek dalam tempoh kurang lapan jam dan suspek mengaku cemburu berikutan tindakan mangsa membawa masuk seorang lelaki ke dalam rumah.

Bercerita lebih lanjut, suspek sempat meminta supaya mangsa tidak menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan kakaknya.

Saya terluka. Sebelum menikah dengan kakaknya, saya memang berniat meminangnya (mangsa), namun ditolak.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×