Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki berkongsi kisah sedihnya menerima notis kebankrapan dari pihak mahkamah selepas gagal untuk membayar pinjaman bank bernilai RM200,000.
Artikel Berkaitan: Nak Buat Majlis Kahwin ‘Grand’ Tapi Takut Muflis, Bekas Model Minta Tetamu Bayar RM16K Kalau Nak Datang Majlis
Ubah suai rumah ibu ayah
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa pinjaman yang dibuatnya itu merupakan permintaan daripada ibu bapanya yang ingin mengubah suai rumah mereka.
Difahamkan, permintaan itu dibuat atas faktor pemuda berkenaan bekerja dalam sektor kerajaan.
Tidak pasti apa proses yang perlu dihadapinya, lelaki berkenaan meminta pandangan wargamaya di laman Facebook berkenaan.
Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Loan bank sebanyak rm200k. Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk diorang buat rumah sebab saya sorang je anak kerja kerajaan. Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas di isytihar muflis ye?
Tugas sebagai seorang anak
Dalam pada itu, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa ibu bapanya mengetahui mengenai masalah yang dihadapinya ini namun alangkah terkejutnya apabila dia diminta selesaikan pinjamannya itu kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang anak.
Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan turut mendedahkan ibu bapanya juga mengatakan bahawa itu sebagai cara untuknya membalas jasa mereka yang telah menjaganya ketika kecil.
Sumber: Facebook