berita

Pintu Didakwa Tidak Ditutup Rapat, Kanak-Kanak 4 Tahun Terjatuh Ketika Menaiki Ferris Wheel Di Funfair

September 25th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pusat hiburan seperti funfair kadang-kala menjadi pilihan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak di masa lapang. Sudah tentu apabila pergi ke tempat ini, apa yang diinginkan hanyalah kegembiraan yang akan disimpan sebagai kenangan bersama.

Namun menerusi World of Buzz (WOB), malang buat seorang kanak-kanak ini apabila keseronokan bermain funfair bersama keluarganya bertukar tragedi selepas dia terjatuh daripada ferris wheel yang sedang dinaiki.

Naik ferris wheel seorang diri

Menurut WOB seperti dipetik dari portal Sin Chew Daily, kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah funfair di Hutan Melintang Perak beberapa hari lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila budak perempuan berusia 4 tahun itu dikatakan menaiki ferris wheel tersebut secara berseorangan tanpa ditemani penjaga. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak malang itu telah terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat. Ngerinya!

Pintu ferris wheel tak ditutup dengan betul

Budak perempuan yang dikenali sebagai Zou Leying itu dipercayai masuk ke dalam ferris wheel itu dalam keadaan pintu yang tidak ditutup dengan betul. Malang buatnya apabila permainan itu didakwa gagal dihentikan oleh pekerja yang bertugas dan tetap bergerak ke atas.

Namun ketika compartment yang dinaiki Zou sampai ke puncak, pintu tersebut tiba-tiba terbuka lalu menyebabkan dia terjatuh.

Pengunjung gagal ‘tangkap’ Zou

Menurut pak cik kepada Zou, beberapa pengunjung yang melihat kejadian itu cuba menangkap anak buahnya dari bawah namun gagal.

Akibatnya, Zou mengalami kecederaan patah kaki selain luka di bahagian muka dan tangan.

Alat kawalan dah lama

Sementara itu, pengurus funfair ini berkata pekerjanya yang sedang mengendalikan permainan tersebut pada waktu itu telah cuba untuk menghentikannya apabila mendapati kanak-kanak itu menaikinya secara berseorangan. Namun, ia gagal dilakukan kerana alat kawalan ferris wheel itu sudah lama dan juga berkarat.

Susulan daripada kejadian, ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan sudah membuat laporan kepada pihak polis kerana kegagalan pihak pengurusan menjaga kualiti permainan mereka serta keselamatan pengunjung.

Sumber: World of Buzz, Sin Chew Daily

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×