Lebih tiga bulan sekolah dan asrama di tutup operasi akibat pandemik Covid-19. Suasana di sekolah juga rasa sunyi apabila hanya pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dibenarkan datang dan tinggal di asrama. Kemungkinan besar ‘ada yang menjaga’ persekitaran sekolah sepanjang ketiadaan staf dan pelajar.
Di Twitter, seorang pelajar sekolah berasrama iaitu Farrazulka menceritakan pengalaman aneh hampir diganggu. Kisah seram itu mula dibelenggu ketika salah seorang rakan ditempatkan di dalam bilik isolasi.
Macam ada orang intai di tingkap
Salah seorang rakan kepada pelajar perempuan ini mengalami suhu badan panas. Setelah disemak suhu badannya didapati berada dalam keadaan normal. Bagaimanapun, pelajar tersebut terpaksa ditempatkan berseorangan di sebuah bilik yang dinamakan bilik isolasi.
Di dalam bilik tersebut terdapat hanya tiga katil dan beberapa buah locker. Dia ditempatkan sendirian. Ketika pelajar tersebut sendirian baring di atas katil sambil bermain telefon bimbit, dia menyedari seolah ada seseorang sedang perhatiannya dari luar tingkap. Tiba-tiba dua buah locker berhampiran berbunyi dan terbuka sendiri.
Muka, bibir dia pucat
Pelajar berkenaan mengambil keputusan untuk keluar dari bilik isolasi tadi. Dia bergegas ke dorm pelajar perempuan. Didapati muka dan bibir pelajar tadi pucat.
Aku melencong ke tempat lain
Sementara itu, Farrazulka turut mengalami perasaan aneh juga sewaktu dia mencuci tangan di depan bilik isolasi. Rakan-rakannya yang lain ke tandas beramai-ramai berwuduk untuk solat jemaah Maghrib.
Ada orang betulkan cermin dorm
Dia terdengar ketukan di pintu bilik isolasi dan terdengar juga sepertinya ada seseorang sedang memperbetulkan kedudukan cermin dorm. Kemudian, dia juga ternampak salah seorang rakannya keluar dari dorm. Dipanggil berkali-kali tapi rakannya itu tidak mengendahkan panggilannya. Sejurus itu, dia terus bergegas lari ke tandas. Segera mendapatkan rakan-rakan yang sedang berwuduk tadi.
Lari masuk ke tandas
Sumber: Farrazulka