berita

PKP: Hanya Sebungkus Roti Sehari Untuk Setiap Pembeli Di Melaka

January 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, kes Covid-19 di Malaysia merupakan kes positif harian yang paling tertinggi sepanjang tempoh pandemik ini melanda negara. Sebanyak 3,309 kes telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini ialah 141,533 ribu. Ekoran daripada peningkatan kes tersebut, kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal dilaksanakan di seluruh negeri di Malaysia mulai hari ini.

Artikel berkaitan: Angkara Covid-19 Orang Ramai ‘Panik’ Penuhi Pasar Raya Beli Stok Makanan

Artikel berkaitan: Harga Bahan Mentah Meningkat, Ini Senarai Harga Baru Roti Gardenia

Seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, orang ramai telah berpusu-pusu memenuhi pasar raya bagi membeli bekalan makanan kerana khuatir stok bekalan tersebut habis. Antara makanan yang menjadi tumpuan pembeli ialah makanan dalam tin, tepung, beras, mi segera serta roti. Betul tak?

Hanya sebungkus roti

Menerusi laporan Harian Metro, pelanggan pasar raya dan kedai runcit di Melaka hanya diberi kebenaran untuk membeli sebungkus roti putih sahaja dalam satu-satu masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Ini kerana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri tersebut ingin mengekang pembelian panik serta pembaziran dalam kalangan masyarakat terutama selepas pengumuman pelaksanaan PKP di Melaka.

Menurut Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar, antara bekalan makanan yang turut dihadkan pembelian juga adalah minyak masak, tepung gandum dan gula pasir. Pembeli hanya dibenarkan membeli dua bungkus bersamaan dua kilogram. Tambah beliau lagi, pihaknya terpaksa mengambil inisiatif berkenaan berdasarkan kepada pengalaman pelaksanaan PKP terdahulu.

Boleh dapat bungkusan kedua jenama lain

Sebenarnya roti putih masih banyak di Melaka cuma kita mahu mengekang pembelian panik dalam kalangan masyarakat dengan menghadkan kepada sebungkus sehari untuk setiap pembeli. Bagaimanapun, had itu hanya untuk satu jenama sahaja dan mereka masih boleh mendapatkan bekalan roti putih bagi bungkusan kedua untuk jenama lain pula.

Terdahulu, bekalan roti putih serta barangan keperluan harian yang lain dipercayai habis terlalu cepat. Terdapat pembelian secara panik dan berlebihan pada masa tersebut. Ujar Norena, pihaknya juga sudah memaklumkan berhubung ketetapan terbabit kepada semua peruncit dan pasar raya besar di negeri tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×