berita

PKP: Majlis Akad Nikah ‘Video Call’ Di Selangor

January 13th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama yang lalu, JAIS memberikan kelulusan khas kepada pasangan yang ingin bernikah dalam tempoh PKP, secara sidang video atas talian.

Artikel berkaitan: PKP: Hanya Sebungkus Roti Sehari Untuk Setiap Pembeli Di Melaka

Artikel berkaitan: Alahai, Kan Dah Cakap PKP Boleh Je Keluar Beli Barang….

Terbaru, disebabkan Selangor merupakan antara negeri yang berhadapan dengan PKP semula, Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan sekali lagi untuk mengadakan majlis akad nikah secara sidang video sepanjang PKP bermula Rabu hingga 26 Januari depan.

Nikah berdasarkan temujanji yang diatur

Foto: HelloKerja

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, proses itu boleh dilaksanakan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.

Tambah beliau, proses akad nikah secara ‘sidang video’ akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di PAID, manakala pengantin, wali dan dua saksi akan berada di rumah masing-masing.

“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang telah diatur.”

Nikah, cerai dan rujuk

Foto: Free Malaysia Today

Menurut Datuk Mohd Shahzihan, JAIS mengutamakan perkhidmatan yang hanya dijalankan secara dalam talian sepanjang tempoh PKP, khususnya melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 10 kaunter talian telefon dibuka di One Stop Centre, Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji. 

Kebenaran untuk bernikah secara ‘online’ ini diberikan selepas semua majlis akad nikah dalam tempoh PKP ditangguhkan dan untuk mengambil langkah selamat dalam situasi sukar pandemik Covid-19 ini.

Sumber: Sinar Harian.

SKIP THIS AD ×