berita

PKPB: Bakal Pengantin Di Selangor Boleh Kahwin Bermula 2 November

October 30th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pasangan bakal pengantin di Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan berkahwin semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Namun, perlu patuh akan setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan: Bakal Pengantin Di Kuala Lumpur & Putrajaya Boleh Kahwin Semasa PKPB

Terbaru, menerusi status Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk memberi kelonggaran pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Daerah (PAID) di seluruh negeri Selangor bermula 2 November 2020.

Kelonggaran kepada bakal pengantin

Gambar sekadar hiasan

Pihak JAIS memberi kelonggaran ini kepada bakal pengantin bermula 2 November 2020 untuk melaksanakan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh negeri Selangor. Namun, ianya terhad dengan kehadiran dan jumlah temu janji pada satu-satu masa.

Bakal pengantin juga perlu patuh akan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  1. Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.
  2. Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
  3. Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang
  4. Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak-pihak mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa
  5. Cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID

Temu janji bagi akad nikah boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang berdekatan bagi tindakan selanjutnya.

Kenyataan media

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

SKIP THIS AD ×