berita

PM Singgah Bazar Ramadan, Pesan Pengunjung Supaya Patuh SOP

April 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perkongsian di akaun Facebook rasmi beliau mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi bazar Ramadan. Katanya lagi, penularan wabak Covid-19 masih belum pulih dan rakyat perlu memastikan keselamatan diri serta orang lain.

Tinjau tahap pematuhan SOP

Difahamkan, Perdana Menteri meluangkan masa membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya selepas selesai waktu bertugas. Dia juga sempat berbual dengan pengunjung dan peniaga bazar selain meninjau tahap pematuhan SOP di sana.

Singgah membeli juadah berbuka di bazar Ramadan ketika bulan puasa menjadi rutin biasa kebanyakan daripada kita, termasuklah saya. Selain membeli juadah kegemaran, sempat juga saya berbual dengan para peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pihak penganjur ambil langkah yang perlu

Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga jarak ketika ke bazar Ramadan, mengamalkan cuci tangan dan menggunakan cecair sanitasi sebelum dan selepas mengunjungi tempat tersebut.

Saya dapati pihak penganjur ada mengambil langkah-langkah perlu, antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.

Saya harap pengunjung dapat mematuhi SOP, bukan hanya di bazar Ramadan di Putrajaya tetapi di bazar-bazar lain di seluruh negara.

Keadaan COVID-19 ini belum reda dan kita perlulah berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan juga orang di sekeliling. Amalkanlah penjarakan fizikal dan cuci tangan menggunakan sanitizer sebelum dan selepas berada di tempat yang dikunjungi ramai orang.

Sumber: Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×