Gambar sekitar hiasan
Seorang wanita berkeperluan khas telah menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di sebuah tandas masjid.
Artikel Berkaitan: Atuk Tergamak Cabul Dua Gadis Bawah Umur, Cucu Sendiri Jadi Mangsa
Artikel Berkaitan: Cabul & Liwat Remaja Lelaki, Bekas Guru Sekolah Rendah Kekal Dipenjara 14 Tahun
Dicabul dua kali
Gambar sekitar hiasan
Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu menyaksikan pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki bernama Maman Suhendra yang didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut terhadap seorang wanita berkeperluan khas.
Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang Utara, Kompol Samsono menjelaskan mangsa telah dicabul di tandas Masjid Al-Maqfiro di daerah Bekasi pada minggu lalu.
Pihak polis berkata, kejadian yang menimpa wanita itu berlaku ketika dia sedang berjalan untuk membeli makanan. Tiba-tiba mangsa telah dipanggil oleh suspek yang berada di dalam tandas masjid tersebut. Mangsa kemudian menghampiri suspek ke tandas masjid dan di situ dia telah dicabul.
Jawatankuasa masjid yang mengetahui tentang perbuatan tercela ini bertindak pantas dengan menangkap suspek.
Susulan itu, wanita tersebut telah ditemani oleh ibu bapanya ke balai polis manakala suspek berusia 27 tahun itu juga segera di bawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa suspek mengaku telah melakukan jenayah seksual itu sebanyak dua kali terhadap mangsa.
Sumber: Kompas.com