berita

Polis Bermesingan Kawal Masjid, Rakyat Malaysia Dedah Pengalaman Terkena Tempias Isu Etnik Uighur

December 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika sebelum ini bintang bola sepak dunia, Mesut Ozil telah meluahkan pendapat tentang penindasan etnik Uighur di Xinjiang, China. Baginya, masyarakat Islam seluruh dunia perlu bersatu membantu etnik itu dari terus ditindas.

Pengguna Facebook Zikri Fuad telah berkongsi pengalamannya yang melawat kawasan Xinjiang selama 17 hari. Menurutnya apa yang dikatakan oleh bintang bola sepak itu adalah benar dan dia beserta beberapa rakannya dapat merasakan sendiri tempias penindasan muslim di sana.

Kami sendiri rasa tempiasnya

Alhamdulillah terbaca pasal ada seorang player bola muslim keturunan Turki dalam Liga Inggeris, yang menyatakan berkenaan penindasan ke atas Muslim di Xinjiang.

Ya betul. Dan penindasan berlaku secara sistematik, dan kami sendiri merasa tempiasnya. Walaupun hanya 17 hari di sana.

Tengok gambar-gambar di bawah ni. Ia sebahagian kecil dari koleksi perjalanan berkenderaan 4×4 dari Malaysia ke Makkah untuk tunaikan haji pada tahun 2017. Saya, saudara Haji Jasmi Jantan dan isterinya Bunga Jasmine, Haji Khir Ariffin, saudara Haji Mohd Ixam, Haji Shahuri Zainudin, dan 2 orang lagi bersama dalam kembara ni.

Minta permit nak masuk masjid

Gambar ni adalah sebahagian dari 7 masjid besar di bandar Urumqi. Ada yang berumur lebih 700 tahun sejak Islam di sini sebelum zaman Khalifah Uthmaniyah lagi, iaitu semasa zaman Islam Mongol.

Kami tidak boleh masuk ke mana-mana masjid kerana perlu minta permit polis beberapa minggu jika nak masuk masjid. Hanya mereka yang tua, berumur lebih 55 tahun, boleh masuk masjid untuk tunaikan solat waktu, itupun dengan kebenaran polis dan ada polis bersenjata mesingan dan mesin scanner di setiap pintu masuk masjid.

Tak boleh puasa, kamera kena rampas

Setelah hampir 5 masjid kami jalan kaki, dengan izin Allah, dan usaha tekad dan doa, kami berjaya diskusi dengan ketua pegawai keselamatan di salah satu masjid untuk solat jemaah Asar di situ. Itupun masuk waktu solat, solat jemaah dan lepas tu balik cepat cepat.

Allahu… Innalillah wainna ilaihi rojiun. Itu belum cerita tak boleh puasa, kamera kami kena rampas, penduduk sini rumah kena roboh, tak boleh amalkan Islam, tak boleh dapat passport, tak boleh macam-macam lagi.

Doa untuk mereka ditindas

InsyaAllah next penulisan.

Maka, rakan-rakan muslim yang membaca ni, dalam setiap waktu lepas solat, doakan lah saudara Islam kita tertindas ini. Allah Maha Kuasa. Ameen

Sekitar foto di Xinjiang

Sumber: Zikri Fuad

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×