berita

Polis Buru Individu Biadap Hina Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong

September 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Susulan daripada isu beberapa individu yang menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Twitter, kini pihak polis sedang mengesan mereka. Bagaimanapun, pihak polis telah menerima beberapa laporan dari orang awam terhadap kes penghinaan itu.

Telah terima laporan

Menurut laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed telah terima beberapa laporan berkenaan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang telah berlaku di laman Twitter.

Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Bagaimanapun, Datuk Huzir Mohamed tidak mengulas lanjut mengenai laporan itu dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengguna Twitter yang telah mengeluarkan komen biadap terhadap Raja Permaisuri Agong sehingga dipercayai menyebabkan baginda menyahaktifkan akaun Twitter.

Warkah mohon ampun

Walaubagaimanapun, salah seorang daripada individu berkenaan telah pun tampil menulis warkah memohon ampun kepada Raja Permaisuri Agong di Twitternya. Menerusi warkah berkenaan, dia telah mengakui silapnya dan memohon maaf secara terbuka.

Tambahnya, dia turut menyatakan kekesalan dirinya yang telah bertindak biadap terhadap Tuanku Permaisuri Agong dan bersedia menghadap untuk memohon ampun sekiranya Tuanku berkenan menerima kehadiran individu berkenaan dan dia mengharapkan Tuanku Permaisuri Agong memberi pengampunan terhadap dirinya.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×