Seorang lelaki tergamak memperkosa anak majikannya yang berusia sembilan tahun di Jinjang, bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Alasan Nak Buang ‘Pendamping’, Bomoh Rogol Gadis 16 Tahun Empat Kali
Cerita kepada keluarga
Memetik laporan Harian Metro, perbuatan suspek berusia 20-an itu terbongkar selepas kanak-kanak itu menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya, Selasa lalu.
Menurut sumber, suspek yang bekerja dengan ibu mangsa dikatakan melakukan perbuatan itu pada pertengahan bulan lalu dan hanya diketahui keluarga selepas mangsa menceritakannya baru-baru ini.
Keluarganya kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. Mangsa yang trauma kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Usaha mengesan suspek yang melarikan diri sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro