berita

Polis Jumpa 1.2 Gram Dadah Di Kediaman Zamani Slam

January 21st, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

zamanicengkung2

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis..rupanya gerimis mengundang. Haa, kali ni bukan gerimis dah, ribut petir yang datang.

Korang mesti pelik kenapa kami meroyan kan? Sebenarnya, kami terkejut mendengar berita vokalis kumpulan Slam ditahan kerana terbabit dalam pengaruh dadah.

Siapa lagi kalau bukan Zamani. Menurut Astro Gempak, Zamani telah ditahan di kediamannya sendiri.

Ditahan dengan wanita berusia 33 tahun

image

Zamani telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi.

Rumah tersebut telah diserbu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

1.2 gram dadah jenis heroin ditemui

dadah_heroin

Hasil pemeriksaan mendapati, satu paket plastik yang disyaki merupakan dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik.

10 tahun terlibat aktiviti penagihan

zamani-riau-1

Kalau korang nak tahu, hasil siasatan mendapati Zamani mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

Zamani kini ditahan bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

SKIP THIS AD ×