Viral di media sosial foto seorang lelaki dipercayai pengantin baru dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika melintas jalan di hadapan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). Walau bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, pihak polis telah menafikan kejadian tersebut telah berlaku.
Mangsa diserang sawan
Mangsa bukan dilanggar atau terbabit dalam kemalangan seperti yang ditularkan.
Menurut Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, mang bukan terlibat dalam kemalangan seperti yang diperkatakan dalam media sosial. Lelaki berkenaan dipercayai diserang sawan ketika kejadian. Maklumat ini telah diterima daripada hospital kepada pihak polis.
Tak pasti teruskan pernikahan atau tidak
Tambahnya lagi, pihak polis masih tidak dapat memastikan bahawa kecederaan yang dialami mangsa pada muka adalah disebabkan terjatuh ataupun perkara lain. Foto berkenaan telah menarik perhatian orang ramai kerana mangsa terbaring di bahu jalan sambil diperhatikan oleh pengantin perempuan. Namun begitu, masih belum mendapat kepastian berkenaan pasangan tersebut meneruskan pernikahan mereka ataupun tidak.
Sumber: Harian Metro